PN Namakan Mas Ermieyati Calon KM Melaka

mas-emieryati.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menamakan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon tunggal Ketua Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin, hanya dua hari sebelum hari mengundi Sabtu ini berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang sudah pun menamakan calon Ketua Menteri masing-masing lebih awal.

“Keputusan pimpinan PN bersetuju menamakan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri PN,” katanya pada sidang media di ibu pejabat gabungan itu di Kuala Lumpur hari ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top