Tawau International Light Fest 2024 jadi tarikan pelancong luar

tawau.jpg

Turut hadir pada Majlis Perasmian Tawau International Light Fest 2024 itu ialah Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (empat dari kiri).

Kongsi Bersama

TAWAU: Tawau International Light Fest 2024 yang berlangsung selama lapan hari berturut-turut adalah platform terbaik bagi menjadikan daerah ini tumpuan pelancong luar dan dalam negara.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, kretiviti yang ditampilkan dalam festival ini adalah sesuatu yang unik dan tidak terdapat di mana-mana tempat.

Katanya, para pelancong khususnya dari luar negara sudah pasti berpuas hati dapat menyaksikan keunikan cahaya dan seni yang ditunjukkan selama festival ini berlangsung.

“Kejayaan penganjuran ini adalah mencerminkan keupayaan kita untuk berkongsi keindahan budaya dan kreativiti bersama semua penduduk tanpa terkecuali.

“Kerajaan negeri akan terus menyokong penuh terhadap usaha-usaha sebegini terutamanya bagi mempromosikan pelancongan Sabah kepada rakyat luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan perasmian dalam Majlis Perasmian Tawau International Light Fest 2024, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, festival ini telah menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden dalam setiap aspek acara ini.

“Cahaya yang berkilauan melambangkan keceriaan dan kepelbagaian yang sudah menjadi kebanggaan rakyat di daerah ini.

“Kita juga menyaksikan betapa seni dan cahaya mampu menyatukan masyarakat di daerah ini serta mengukuhkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain,” katanya.

Christina berkata, Tahun Baharu Cina adalah perayaan yang penuh dengan kegembiraan serta harapan, dimana keluarga dan komuniti bersatu untuk menyambut kehadiran perayaan ini.

Katanya, Tahun Naga yang akan kita sambut dalam beberapa hari lagi adalah membawa simbol semangat dan kebijaksanaan.

“Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya. Ini adalah contoh keindahan hidup dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Justeru, marilah kita berkongsi kegembiraan bersama-sama tanpa mengira latar belakang etnik dan mengukuhkan lagi perpaduan supaya Malaysia dilihat kuat di peringkat antarabangsa,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top