Susulan Isu Air Masin Di Sandakan, Pihak Berkuasa Kesihatan Pantau Bekalan Air Di Sabah

rose-nani.jpg

Datuk Dr Rose Nani

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa kesihatan di Sabah terus memantau bekalan air di seluruh negeri selepas berbangkitnya isu air masin di daerah Sandakan.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata sampel daripada paip air di pelbagai daerah telah diambil dan diuji setiap minggu untuk mengenal pasti sifat kimianya atau pencemaran lain.

Sementara keputusan sampel ujian ini masih belum diperolehi, tambahnya, tiada kes pencemaran dilaporkan di daerah lain setakat ini selain Sandakan.

“Setakat ini, tiada sebarang laporan kes di daerah lain selain Sandakan.

“Kami akan terus memantau bekalan air (di seluruh negeri) untuk memastikan keselamatan semua rakyat Sabah,” katanya pada majlis di sini pada Isnin.

Bagi tujuan ini, Dr Rose menasihatkan orang ramai supaya hanya mengambil air paip yang telah dimasak, sambil menambah orang ramai harus mengelak daripada minum air yang kotor.

Pada 7 Mac, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya berkata Jabatan Air Sabah sedang berusaha untuk menyelesaikan isu itu dalam masa sebulan.

Shahelmey, yang juga Menteri Kerja Raya negeri, berkata pasukan khas telah ditugaskan untuk menyelesaikan masalah yang tercetus selepas air laut menyusup ke titik pengambilan air Sungai Segaliud pada akhir November 2022.

Isu air masin Sandakan telah menjadi bualan penduduk di daerah itu dan mendorong Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong serta ADUN Elopura Calvin Chong menggesa agar pengarah Jabatan Air Sabah berundur.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa pintu pagar di Sungai Segaliud telah rosak menyebabkan air laut menyusup ke dalam empangan penahan di kawasan itu.

Ini telah mengakibatkan paras kemasinan yang luar biasa tinggi dalam bekalan air tempatan.

Jabatan Air Sandakan telah membuat laporan polis pada Disember tahun lepas selepas mereka mendapati pintu sungai rosak dan kabel dicuri di Sungai Segaliud.

Mereka sedang menunggu alat ganti yang telah ditempah dari luar negara.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top