Demi sebentuk cincin RM660,000

cincin.jpg

Sekumpulan pekerja terpaksa mencari cincin itu di dalam saluran parit. - SCMP/Baidu

Kongsi Bersama

BEIJING:Penduduk-penduduk di sebuah kawasan di wilayah Guangdong terpaksa menahan bau busuk selama tiga hari gara-gara operasi mencari sebentuk cincin dalam saluran parit di kejiranan mereka.

Menurut laporan portal berita South China Morning Post, cincin bertatahkan permata jed bernilai 1 juta yuan (RM665,954) itu tercicir dari tingkap sebuah rumah di aras sembilan lalu terjatuh ke dalam saluran parit di tingkat bawah.

Berdasarkan sebuah hantaran yang dimuat naik di platform Douyin, seorang lelaki berkata, cincin itu terlepas daripada tangan bapanya ketika cuba merakam video di tepi tingkap.

Bapanya menempah khas cincin tersebut untuk dihadiahkan kepada bakal isteri lelaki berkenaan menjelang majlis perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Sekumpulan lelaki kemudian diupah untuk mencari cincin itu di saluran parit. Salah seorang pekerja, Fan berkata, dia dan rakannya masing-masing dibayar sebanyak 500 yuan (RM331) sehari untuk mencarinya.

Cincin itu akhirnya ditemui pada hari keempat pencarian. Kesemua pekerja bersorak keriangan ketika menemui cincin itu sehinggakan pemiliknya menyalakan bunga api untuk meraikannya. – AGENSI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top