Kerajaan Pusat Diminta Berikan Penekanan Peruntukan Untuk Infrastruktur Di Sabah – Bung

bung-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pembangunan di Sabah terutama yang melibatkan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, jalan raya, dan elektrik perlu diberi penekanan oleh kerajaan pusat agar negeri itu dapat membangun seiring dengan negeri-negeri lain.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata peruntukan yang lebih besar berbanding sebelumnya perlu diberikan kepada Sabah dengan mengambil kira faktor geografi negeri tersebut.

Menurut Bung isu pembangunan yang didepani oleh rakyat di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar membabitkan insfrastruktur asas seperti bekalan air, jalan raya dan elektrik agak kritikal dimana pembangunan ini sangat penting yang memerlukan peruntukan yang agak besar untuk dilaksanakan.

“Isu bekalan air bersih, jalanraya dan elektrik merupakan keperluan utama rakyat Sabah, ianya memerlukan kos peruntukan yang agak besar yang tidak mampu disediakan oleh kerajaan negeri sebagai contoh untuk membaiki dan menaik taraf bekalan air bersih sahaja kita memerlukan sekitar 27 bilion untuk memulihkan kerosakan pada loji air di seluruh Sabah,” katanya ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar Dato (KPLB) Dato Ramlan Harun di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya sudah tentu kerajaan negeri mengharapkan bantuan dari kerajaan pusat khususnya (KPLB) untuk menyalurkan lebih banyak peruntukan ke negeri ini selaras dengan konsep Keluarga Malaysia dan memenuhi aspirasi rakyat Sabah dalam semangat Perjanjian Malaysia 1963(MA63)

Menurut Bung , peruntukan yang lebih besar perlu difokuskan juga kepada isu kemudahan air terawat, kerana isu berkenaan telah berlarutan sejak sekian lama dan menjadi isu yang agak kritikal ketika ini selain kemudahan sistem perhubungan jalanraya.

Semasa perjumpaan tersebut Bung yang diiringi oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah Datuk Mohd.Jasmin Juplin dan Pengarah Jabatan Air Sabah Edward Lingkapo turut mengemukakan beberapa cadangan dan permohonan kepada (KPLB) terutamanya untuk kemudahan bekalan air bersih dan jalanraya di Sabah.

“Dengan pertemuan ini kita berharap banyak masalah dapat di atasi berhubung pelaksanaan projek luar bandar di Sabah terutama pelaksanaan bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar secara beperingkat-peringkat mengikut keutamaan,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top