Tindakan tegas ke atas pengusaha kantin sekolah abai kebersihan – Ariffin

makan-kantin.jpg

Tangkap layar berhubung dakwaan sebuah kantin sekolah sediakan makanan basi dan tercemar.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengusaha kantin sekolah yang mengabaikan kebersihan akan dikenakan tindakan tegas, kata Exco Pendidikan Sabah Datuk Mohd Ariffin Arif.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata demikian sebagai mengulas dakwaan di media sosial bahawa sebuah kantin di sebuah sekolah menengah di negeri ini menghidangkan makanan basi dan tercemar kepada pelajar.

Beliau berkata Jabatan Pendidikan Sabah telah diarahkan untuk menyiasat dakwaan itu.

“Saya terbaca isu ini di media sosial dan mahu laporan penuh daripada pengarah pendidikan negeri supaya perkara itu dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitiri Persatuan Masyarakat Brunei Sabah 2024 pada Ahad .

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top