Pelajar Terlibat Pergaduhan Akan Dipanggil Untuk Bantu Siasatan

ketua-polis-kota-belud.jpg

Shahrudin

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Polis akan memanggil pelajar terlibat dalam rakaman video pergaduhan yang tular sejak semalam, untuk membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya mengesahkan pergaduhan membabitkan pelajar sekolah itu berlaku di perhentian bas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Usukan, di sini.

Katanya, kejadian yang dirakam dalam video berdurasi 36 saat itu dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 1.30 petang, Rabu lalu.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud akan mengambil tindakan untuk mengesan semua individu yang terlibat.

“Polis akan mendapatkan pelajar terlibat untuk memberi keterangan dan membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, kelmarin.

Shahrudin berkata, setakat ini, punca sebenar pergaduhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Shahrudin berkata, polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini.

Katanya, ia bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta dikhuatiri mengganggu siasatan lanjut. – Sabah360online

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top