MUIS kutip zakat lebih RM76 juta setakat Jun tahun ini

ruslan-muharram.jpg

Datuk Ruslan Muharam (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sehingga Jun tahun ini, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) memungut kutipan zakat sebanyak RM76,663,880.41 melibatkan sembilan jenis zakat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, agihan zakat kepada asnaf (penerima) sehingga Jun 2023 adalah sebanyak RM76,506,163.58.

Katanya, daripada jumlah kutipan itu, Zakat Pendapatan berjumlah RM5,419,984.32 dan Zakat Penggajian berjumlah RM33,630,129.10, Zakat Simpanan RM4,179,495.03, Zakat Perniagaan RM22,432,855.30, dan Zakat Emas/Perak berjumlah RM561,625.54.

Menurutnya, pungutan Zakat Saham berjumlah RM115,735.76, Zakat Pertanian RM35,909.08, Zakat Ternakan RM17,451.02, dan Zakat Fitrah RM10,270,695.26.

Beliau berkata demikian di DUN Sabah kelmarin bagi menjawab soalan Datuk Hassan A Gani Pg. Amir (Gagasan Rakyat-Sebatik) mengenai jumlah kutipan zakat setakat bulan Jun 2023 dan jumlah sumbangan yang dikeluarkan daripada zakat berkenaan.

“Pecahan agihan melibatkan fakir berjumlah RM28,564,966.46, miskin RM12,083,003.24, amil RM7,221,835.47, dan mualaf RM1,780,385.50.

“Penerima golongan Al Riqab menerima agihan berjumlah RM12,081,167.33, Ibnu Sabil RM226,367.89, Gharimin RM126,690.00, dan Fisabilillah RM14,421,747.69,” katanya.

 

Sumber: Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top