KOTA KINABALU: Sepasukan pelajar dari jurusan Teknologi Elektrik Kolej Vokasional Keningau telah membentang projek inovasi di Baskent International Confererence on Multidisciplinary Studies yang berpusat di Ankara, Turkiye, pada 23 sehingga 25 September 2022.
Rakaman pasukan ini boleh diakses melalui: https://youtu.be/zIwYHQLo2OA
Pasukan ini terdiri daripada empat pelajar iaitu Declan Sarat, Aedly Gwen Suaib, Aaron David dan Syafiz Faizie Abdullah yang telah membentang projek inovasi iaitu rak untuk menjemur pakaian yang boleh berlipat secara automatik apabila mengesan titisan air untuk mengelakkan pakaian daripada basah sekiranya hujan. Ianya direka khas untuk penghuni rumah apartment yang mempunyai ruang menjemur baju yang terhad terutamanya mereka yang sibuk bekerja setiap hari.
Pengarah kolej itu, Johari @ Jaibet Bin Sabin, berharap agar para pelajar ini boleh terus berusaha memperkembangkan inovasi tersebut kerana ianya berpotensi membantu masyarakat setempat.