Jambatan Gantung Kg Makatip Siap Untuk Diguna, Bukti Kerja Keras Adun Tambunan

jambatan-gantung.jpg
Kongsi Bersama

TAMBUNAN: Jambatan gantung Kg. Makatip yang baharu kini siap sepenuhnya dan sudah boleh digunakan oleh penduduk kampung yang terlibat.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Arlinsia Agang berkata, pembinaan jambatan gantung berkenaan menggunakan perkakasan i-Beam di bawah peruntukkan ADUN N39 Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan .

“Jambatan gantung 100% i-beam kini sedia dan selamat digunakan untuk dilalui penduduk kampung terutamanya kanak-kanak yang selalu menggunakan jambatan tersebut sebagai laluan utama ke sekolah,” katanya ketika membuat lawatan ke kawasan berkenaan semalam.

Menurut Arlinsia lagi, pihaknya sebelum ini mendapat aduan dari Pjpkk Kg. Makatip Kerry David bahawa sudah ada kes budak sekolah terjatuh akibat struktur jambatan lama yang agak usang.

“Kita berpuas hati dengan hasil

pembinaan ini dan semoga ia memberi manafaat kepada para penduduk kampung yang terlibat.

“Terdapat beberapa lagi projek pembinaan jambatan dan laluan kenderaan sedang dalam pembikinan di sekitar DUN Tambunan dan Parlimen Keningau ketika ini.

“Ini membuktikan bahawa Wakil Rakyat Tambunan yang juga merupakan Ahli Parlimen Keningau bekerja keras dalam usaha memberikan kemudahan infra yang selesa kepada rakyatnya,” kata beliau lagi.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah pegawai dari Pejabat Wakil Rakyat Tambunan Saldivilla Wences, Sherylline Louis, acob Anap, Simon Onggiton, Clifford Iking, Liza Utoh dan Dr. James Liew selaku Naib Ketua Bahagian N39 merangkap Ketua Biro Kebajikan Bahagian N39.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top