Kopeks adakan kunjungan terhadap Pengarah SKM Sabah

kopeks.jpg

Saat (empat kanan), Buvill (tiga kanan) dan rombongan merakamkan gambar kenangan di pejabat SKM Sabah sempena kunjungan hormat terhadap Pengarah SKM Sabah.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) baru-baru ini telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah, Matias Kundapin di pejabat SKM, dekat sini.

Kopeks diketuai Dr Saat Ag Damit; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kopeks, Buvill Angkui dan barisan lembaga baharu Kopeks.

Sempena kunjungan hormat itu, Saat memaklumkan kepada Matias mengenai pelan perniagaan Kopeks bagi tahun 2024, untuk meningkatkan kemudahan pembiayaan kepada anggota dan menambah program kebajikan anggota.

“Untuk itu satu Jawatankuasa Bersama Anggota dan Jabatan telah ditubuhkan. Keahlian adalah daripada kalangan anggota koperasi daripada pelbagai jabatan dan sektor serta majikan di Sabah.

“Tujuan utama ialah untuk merapatkan lagi hubungan baik antara lembaga dan pengurusan koperasi dengan anggota, selain menyalurkan maklumat dengan lebih cepat dan berkesan serta menggalakkan kemasukan anggota baharu, ” katanya.

Dalam pada itu, Saat turut memaklumkan mengenai jumlah keanggotaan Kopeks yang pada ketika ini berjumlah 6,000 ahli dan menyasarkan untuk menambah keahlian dengan sasaran seramai 15,000 ahli dalam tempoh 36 bulan.

Turut hadir sempena kunjungan itu, Setiausaha Kopeks Nismah Kanak; Bendahari KopeksAwg Azmee; Lembaga Kopeks Sulaiman Awang, Abd Ghafur Yaacub dan Jaibit Joudin serta Timbalan CEO Kopeks Yusrina Rita Rantian.

Dalam perjumpaan itu juga, Pengarah SKM, Matias turut memuji pencapaian Kopeks mengurus kewangan dan akaun tahun 2021 dan menduduki tangga ke-54 dalam senarai Indeks 100 Koperasi Terbaik seluruh negara. – UTUSAN BORNEO

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top