‘Kemalangan’ helikopter dinaiki presiden Iran, gerakan mencari terus diperhebat

ebrahim-raisi.jpg
Kongsi Bersama

TEHRAN: Gerakan mencari helikopter yang Presiden Ebrahim Raisi (gambar), yang hilang di lereng gunung berkabus di barat laut Iran terus diperhebat.

AFP melaporkan Rusia mengumumkan menghantar pasukan penyelamat ke Iran bagi membantu misi tersebut.

“Atas permintaan pihak Iran, penyelamat dari Kementerian Keadaan Kecemasan Rusia akan membantu dalam operasi mencari dan menyelamat,” tulis kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di Telegram.

Pasukan itu, yang terdiri daripada 47 pakar dengan peralatan yang diperlukan, kenderaan pelbagai guna, serta sebuah helikopter BO-105 akan menuju ke bandar barat laut Tabriz.

Semalam Iran dikejutkan susulan kehilangan helikopter membawa Raisi, dalam apa yang disifatkan media kerajaan sebagai ‘kemalangan’.

Kebimbangan semakin meningkat untuk ultrakonservatif berusia 63 tahun itu selepas terputus hubungan dengan pesawat yang membawanya serta Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian dan yang lain di wilayah Azerbaijan Timur, kata laporan itu.

Pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, menggesa rakyat Iran supaya tidak bimbang mengenai kepimpinan republik Islam itu, dengan mengatakan: “tidak akan ada gangguan dalam pentadbiran negara”.

Selain Russia, bantuan dari luar negara, termasuk Iraq, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Syria dan Turki, serta dari Kesatuan Eropah (EU) sudah mula mengaktifkan perkhidmatan pemetaan tindak balas pantasnya untuk membantu usaha pencarian.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top