Kebakaran: 174 Hilang Tempat Tinggal Di Penampang

kebakaran.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: 174 orang dari 28 keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang memusnahkan lima buah rumah di Kampung Koidupan, Jalan Mogonibung, di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, jam 3.39 petang.

Katanya, sepasukan 14 pegawai dan anggota bersama dua jentera serta van

Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 2 kilometer dari BBP Penampang.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kongsi 4 pintu dan 4 buah rumah yang terbakar sepenuhnya.

Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan sebuah kilang cermin dan 4 buah rumah berhampiran daripada terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Menurut jurucakap itu, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Kebakaran dapat dikawal pada jam 4.29 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 7:41 petang.

Seramai 174 mangsa dari 28 keluarga yang terjejas dipindahkan ke Dewan Nakasiba, Penampang.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. – Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top