Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah Meriah

TYT-ramah-mesra-aidilfitri.jpg

Tun Juhar beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah(SICC) di sini pagi tadi meriah dengan kehadiran kira-kira 1,000 tetamu jemputan.

Turut menambah kemeriahan majlis adalah kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag; Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Joachim Gunsalam.

Barisan tetamu kehormat yang memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2022.

Selain itu beberapa Jemaah Kabinet Sabah turut hadir antaranya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sr Safar Untong serta ketua-ketua jabatan.

Hajiji menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima,

Menurut Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, kehadiran tetamu tanpa mengira agama, suku kaum dan aliran politik itu mencerminkan berterusannya keunikan dan keharmonian Sabah.

“Walaupun berbeza agama, suku kaum dan aliran politik, rakyat Sabah bersatu hari dan hadir bersama-sama bagi memeriahkan majlis hari ini dan begitu juga dengan perayaan yang lain.

Arifin

“Inilah keunikan Sabah yang sangat kita perlukan kerana apa-apa pun perayaan dalam latar belakang yang berbeza hadir bersama.

“Semoga majlis sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim, keharmonian antara kita sebagai satu keluarga besar Negeri Sabah,” ujar beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk.

Terdahulu, Hajiji serta Julia menyampaikan sumbangan duit raya kepada 50 orang warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sempena majlis berkenaan.

Tetamu yang hadir turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama beberapa menteri Kabinet Sabah sambil beramah mesra.

Rata-rata pengunjung yang hadir turut berasa teruja dengan penganjuran Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2022 itu setelah dua tahun tidak dapat menikmati suasana perayaan akibat pandemik COVID-19.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan lagu-lagu raya dari artis jemputan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top