“Hanya kerana dia bercakap dialek Sabah, dia disangka orang luar…”

Isnaraissah-Munirah.jpg

Isnaraissah Munirah

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majelis mengulang cadangan agar kerajaan persekutuan menyalurkan peruntukan pembangunan khusus menerusi sebuah akaun amanah.

Beliau berkata cadangan itu belum dipertimbangkan walau sejumlah ahli parlimen Sabah dan kerajaan negeri telah membuat cadangan serupa sebelum ini.

Isnaraissah juga meminta kerajaan menjelaskan proses yang perlu dilakukan serta sama ada ia memerlukan pindaan Perlembagaan atau memadai dengan arahan Perbendaharaan.

Wakil rakyat Warisan itu membangkitkan perkara tersebut ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat semalam.

Dalam pada itu beliau turut menyentuh mengenai insiden seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri di Persiaran Tun Razak di sini, yang didakwa menyerang seorang penghantar makanan baru-baru ini.

“Hanya kerana dia (bercakap) dialek Sabah, dia disangka sebagai orang luar.

“Perkara yang paling menyakitkan orang Sabah adalah bila dia ditanya ‘kenapa bahasa kau lain?’

“Anda tahu apa perasaan (bila berdepan pertanyaan itu)? Macam orang asing,” kata Isnaraissah.

Dia kemudian mengingatkan betapa sejak bersama-sama Malaya untuk membentuk Malaysia pada 1963, Sabah dan Sarawak telah memberi sumbangan besar kepada kemakmuran ekonomi negara menerusi sumber aslinya.

“Sabah ini tidak diiktirafkah? Hormati kami, walaupun kawan-kawan kami hanya pekerja peringkat rendah.

“Ingat ini – sejahtera Malaya hari ini kerana hasil bumi Sabah dan Sarawak. Tanpa Sabah dan Sarawak,tidak ada Malaysia,” tegasnya lagi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top