Enam Rumah, Kedai Runcit Musnah Dalam Kebakaran Di Kunak

kebakaran-kunak.jpg
Kongsi Bersama

KUNAK: Sebanyak enam buah rumah dan sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di kampung Jaya Baru, di sini awal pagi tadi.

Dalam kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.45 pagi.

“Susulan itu, seramai sembilan anggota dan pegawai bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak dan Semporna digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam.

“Turut membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat enam buah rumah dan sebuah kedai runcit jenis tidak kekal sudah musnah terbakar.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memadam menggunakan sumber air daripada jentera dan air perigi berhampiran.

“Kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke kawasan lain pada jam 2.27 pagi dan operasi terus dijalankan bagi memastikan api terpadam sepenuhnya,” katanya.

Katanya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir supaya kawasan kebakaran dalam keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.44 pagi.

“Kebakaran hanya melibatkan harta benda sahaja dan tiada laporan mengenai kecederaan mangsa berlaku,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top