Muktamar Pemuda PAS Sabah Kali Ke-34 Bermula Secara Hibrid

IMG_20211023_175526.jpg

Oleh: Aizal Samsaruddin

SANDAKAN: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini memulakan perasmian Muktamar Tahunannya secara hibrid melibatkan 16 Dewan Pemuda PAS Kawasan yang dibuat secara zon.

Muktamar kali ini menghimpunkan 128 perwakilan melibatkan 16 Dewan Pemuda PAS Kawasan dan 20 orang pemerhati serta wakil pemerhati daripada Pemuda PAS Malaysia, Arifiriazul Paijo.

Muktamar dimulakan dengan mendengar ucaptama Ketua Pemuda, Zulzaim Hilmee Abidin dengan tema “Memimpin Generasi Kemenangan Islam”.

Muktamar kali ini turut diserikan dengan penyampaian anugerah kepada pemuda kawasan dan sektor serta jabatan yang aktif dalam mengerakkan Pemuda PAS Sabah.

Pemuda PAS Semporna dan Pemuda PAS Beaufort serta Sektor Komunikasi Strategik dan Jabatan SRITI masing-masing telah menerima anugerah sebagai Pemuda Kawasan Aktif, Pemuda Kawasan Harapan, Sektor Terbaik serta Lajnah dan Jabatan Terbaik.

Uniknya muktamar ini juga turut memberikan anugerah khas kepada IMBOSS dan MARSIS atas khidmat membantu pengurusan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.

Empat individu turut diberi anugerah selaku tokoh pemuda sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah kali ini. Tokoh tersebut ialah Mantan Bendahari DPPNS, Khairul Yusri Mat Jusof, Mantan Exco DACS Sabah, Amir Fadhli Razali, Mantan Ketua Pemuda PAS Putatan, Ahmad Tariq Abd Mutalib serta Mantan Ketua Pemuda PAS Tawau, Nasir Che Ali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top