Pelajar Luar Asrama SMK Tun Fuad Stephens Terima Sumbangan Dari KM

pelajar-tun-stephens.jpg

Janih (kiri) dan Koonlin (kanan) bersama dua penerima sumbangan Meryl Eunice Leeb dari Kampung Mantob Kiulu dan Jessy Stephen dari Kampung Talungan Kiulu

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 40 pelajar luar asrama SMK Tun Fuad Stephens Kiulu menerima sumbangan kewangan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Ketua PBBM Kiulu Janih Bangud semasa menyampaikan sumbangan bagi pihak Ketua Menteri berkata ianya adalah bagi meringankan beban perbelanjaan pelajar terutama mereka yang sedang menduduki peperiksaan SPM.

“Diharapkan pelajar-pelajar ini akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap peperiksaan mereka,” katanya.

Pelajar-pelajar itu terpaksa menyewa di luar kerana bangunan asrama sekolah yang mereka duduki sedang menjalani pembaikan berikutan retakan pada strukturnya sejak tahun lalu.

Kementerian Pendidikan telah mengarahkan asrama tersebut di kosongkan sementara kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tun Fuad Stephens, Koonlin Kookkiong, bangunan tersebut sepatutnya siap awal tahun ini namun akibat pandemik Covid-19, ianya hanya akan selesai sepenuhnya pertengahan tahun ini.

Koonlin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri atas keperihatinan beliau terhadap para pelajar tersebut.

“Ia akan membantu pelajar menampung perbelanjaan makanan dan sewa bilik,” katanya. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top