Dua helikopter bertembung di Lumut, 10 terkorban

helikopter.jpg

Salah sebuah helikopter yang terhempas dalam tragedi di Pangkalan TLDM Lumut pagi tadi.

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhempas selepas bertembung di udara mengakibatkan 10 terkorban dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.

Media melaporkan dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi tadi.

Bagaimanapun, berlaku pelanggaran di udara mengakibatkan pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

Kedua-dua helikopter itu dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kejadian 9.50 pagi sebelum dua jentera dikejarkan ke lokasi.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika dihubungi HMetro memaklumkan Menteri Pertahanan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top