Muhyiddin Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin Covid-19

Muhyiddin-Vaksin-Bernama-240221.jpg
Kongsi Bersama

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan pertama dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

Menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula secara rasmi hari ini, perdana menteri menerima vaksin tersebut di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya.

Suntikan vaksin itu dilakukan Ketua Jurawat Klinik Kesihatan Putrajaya, Lina Ibrahim tepat jam 2.42 petang

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menyaksikan suntikan tersebut

Selain Muhyiddin, turut dijadualkan menerima vaksin itu Dr Noor Hisham Abdullah serta empat lagi warga kerja Kementerian Kesihatan.

Terdahulu Muhyiddin tiba di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya jam 2.25 petang sebelum mendengar taklimat ringkas.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top