Chong Wei Serah Raket Kepada Tun Juhar & Isteri

Chong-Wei-Tun-Johar.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menyerahkan raket kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Menurut Chong Wei, raket yang diserah kepada Tun Juhar itu merupakan raket yang pernah digunakan beliau semasa bertanding di kejohanan sukan olimpik, sementara Toh Puan menerima raket yang digunakan Chong Wei semasa kejohanan Malaysia Open yang lalu.

“Saya tahu bahawa Toh Puan meminati sukan badminton dan peminat saya, oleh sebab itu saya menghadiahkan raket sebagai pembakar semangat kepada pemain badminton khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Istana Seri Kinabalu selepas Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sabah, di sini hari ini.

Beliau yang ditemani isteri, Datin Wong Mei Choo dianugerahkan watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Yang di-Pertua Negeri Sabah. – Penerangan

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top