Tiada Halangan Sabah, Sarawak Turut Anjur Sambutan Hari Malaysia

annuar.jpg
Kongsi Bersama

MELAKA: Hari Malaysia yang turut disambut di Sabah dan Sarawak, Jumaat ini tidak menjejaskan kemeriahan sambutan peringkat kebangsaan di Melaka.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya tidak menghalang, sebaliknya menggalakkan dua negeri terbabit untuk menganjurkan acara sambutan Hari Malaysia di negeri masing-masing, 16 September ini.

“Sebenarnya di Sabah dan Sarawak juga ada sambutan (Hari Malaysia), sebab itu Yang di-Pertua Negeri dan ketua menteri masing-masing tidak hadir ke Melaka Jumaat ini.

“Kita galakkan mereka untuk membuat acara sambutan di negeri masing-masing yang sudah pasti menjadi acara tradisi mereka sejak beberapa tahun lalu.

“Tahun ini kita anjurkan di Melaka dan Insya Allah selepas ini (tahun hadapan) kita kembali ke Sabah atau Sarawak semula,” katanya selepas meninjau raptai Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohamad Mentek.

Sejak empat tahun lalu, Sambutan Hari Malaysia diadakan secara bergilir di Sabah dan Sarawak dengan kali terakhir diadakan di Miri, tahun lalu.

Namun, tahun ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia selaku kementerian pelaksana program memilih Banda Hilir di Melaka yang pernah menjadi lokasi pengisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 20 Februari 1956, sebagai tuan rumah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top