PAS Papar, ARMADA Bersatu Edar Bakul Makanan

pas-papar.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: PAS Papar bersama ARMADA Bersatu, telah turun padang bersama-sama dalam program edaran bakul makanan di Kampung Manggis, Papar di sini kelmarin.

Hadir dalam program itu ialah Datuk Armizan Mohd Ali Pengerusi Setiakawan Sabah merangkap Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Abd Salim Karim Yang Dipertua PAS Papar, Zulzaim Hilmee Abidin Ketua Pemuda PAS Sabah, Azrul brahim Ketua ARMADA Papar dan Hendri Hamsah  Ketua Pemuda PAS Papar.

Program edaran bakul makanan ini telah mensasarkan 30 buah rumah di sekitar kampung berkenaan.

Abd Salim berkata pihaknya berharap sumbangan bakul makanan itu dapat membantu meringankan beban kekuarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Turut bersama dalam program ialah ADUN N.21 Kawang, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top