Sabah jana pendapatan lebih RM1 juta dalam tempoh 10 bulan daripada jualan beg sampah

Frankie-poon.jpg

Frankie Poon (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah mengumpul RM1,0179.38 daripada kutipan ca beg sampah dalam tempoh 10 bulan tahun ini.

ADUN Tanjung Papat Datuk Frankie Poon berkata berdasarkan jawapan bertulis daripada KKTP, kutipan caj sebanyak RM0.20 bagi setiap beg adalah dari Januari hingga 31 Okt.

Tambahnya, angka itu bermakna 5,089,856.9 beg plastik telah diberikan kepada orang ramai dan berada dalam komuniti dan persekitaran.

“Ini bermakna secara purata, setiap bulan terdapat sekurang-kurangnya 508,985.69 beg plastik baharu dibuang ke persekitaran kita.

“Angka ini tidak termasuk beg plastik yang digunakan oleh pengusaha syarikat untuk kegunaan sendiri dalam pembungkusan, serta banyak pasar raya dan lain-lain yang tidak menyertai program itu.

“Oleh itu akan ada lebih banyak sisa plastik di alam sekitar, (lebih banyak) tanah diperlukan untuk menanam sisa plastik itu,” kata Poon dalam satu kenyataan.

Poon, yang juga Pengerusi DAP Sabah, berkata jumlah wang dan tenaga kerja yang diperlukan untuk membersihkan plastik itu lebih baik digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.

Beliau juga berkata sisa plastik yang sering dilihat terapung di laut akan merosakkan alam sekitar.

“Memandangkan jumlah plastik yang sangat banyak dalam persekitaran kita melalui penggunaan plastik sekali guna, sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa tempatan mempertimbangkan untuk mengharamkan plastik sekali guna secepat mungkin.”

 

Berita asal: NST

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top