Perlumbaan Bot Naga Antarabangsa FCAS Sabah Kembali Selepas Dua Tahun

perahu-naga.jpg

Hajiji (lima kanan) bersama Goh ((empat kiri) serta ahli jawatankuasa penganjur lain di Menara Kinabalu.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor telah dijemput untuk merasmikan Perlumbaan Bot Naga Antarabangsa FCAS Sabah Ketujuh 2022 pada Julai ini.

Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) yang diketuai oleh Presiden Tan Sri T C Goh dan pengerusi penganjur Datuk Susan Wong bertemu dengan Ketua Menteri di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini semalam untuk menyerahkan jemputan itu.

Merupakan antara acara dalam kalendar Pelancongan Sabah, perlumbaan bot naga kembali diadakan semula selepas dua tahun terhenti akibat pandemik Covid-19.

Pada pertemuan dengan Hajiji Goh turut memberi taklimat mengenai persiapan acara itu yang akan diadakan di Teluk Likas dari 2 hingga 3 Julai ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top