Projek KRCP penuhi piawaian diiktiraf peringkat antarabangsa

CM-KRCP.jpg

Hajiji menyambut ketibaan Stephen yang mengadakan kunjungan hormat kepada beliau di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Rakan kongsi kepada Projek Pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut (KRCP) iaitu sebuah projek perkongsian awam-swasta antara Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, Yayasan Sabah, dan Permian Malaysia anak syarikat Permian Global mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, Pengerusi Permian Global Stephen Rumsey memberi taklimat kepada Hajiji mengenai projek berkenaan yang menerima pengesahan laporan pemantauan pertamanya pada bulan lepas.

Laporan berkenaan menunjukkan projek itu memenuhi piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kemajuan iklim, komuniti dan biodiversiti.

Pencapaian itu juga membolehkan inisiatif pemuliharaan, iaitu melindungi dan memulihkan kawasan hutan hujan tropika seluas 83,381 hektar di daerah Tongod dan Kinabatangan dan menjana hasil pertama bagi Unit Karbon Disahkan (VCU).

Dalam pada itu Hajiji berkata, KRCP adalah bukti sektor awam dan swasta boleh bekerjasama dengan cara yang berkesan dan telus dengan melibatkan dan memperkasakan penyertaan masyarakat setempat dari awal lagi.

“Sabah terkenal dengan hutan biodiversitinya dan adalah penting kita melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk memeliharanya.

“Saya mahu kita membina pencapaian KRCP, melindungi sebanyak mungkin hutan kita, dan memimpin dunia dalam usaha pemuliharaan berimpak tinggi, teguh dari segi saintifik yang bukan sahaja memberi manfaat kepada alam semula jadi tetapi juga negeri dan rakyat,” katanya.

Permian Global menyediakan pelaburan untuk projek itu dan ia turut melibatkan pihak berkuasa negeri serta rakan kongsi saintifik dan komuniti, ‘South East Asia Rainforest Research Partnership’ (SEARRP) dan organisasi berfokuskan komuniti, PACOS Trust.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Permian Malaysia Ivy Wong Abdillah; Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; Ketua Konservator Perhutanan Negeri Datuk Frederick Kugan; dan Pengurus Besar anak syarikat milik penuh Yayasan Sabah, Rakyat Berjaya Sdn Bhd Dr. Esther Li. – Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top