Tak Cukup Bajet Beli Diesel Untuk Pam Air, Masiung Selar Tadbir Urus Kurang Cekap

masiung-1.jpg
Kongsi Bersama

TONGOD: Elemen tadbir urus kurang cekap di kalangan ketua jabatan tidak harus berulang jika tidak mahu kelemahan mereka dirujuk ke peringkat tertinggi.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, memberi amaran sebarang tindakan sambil lewa melibatkan ketua jabatan di peringkat daerah tidak harus dipandang ringan.

Beliau merujuk langkah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) daerah Tongod menutup operasi bekalan air selama lebih seminggu melibatkan 18 buah kampung di Mukim Tongod dan Penangah dengan alasan tidak cukup bajet membeli minyak diesel untuk mesin pam air.

Terdahulu beliau membuat lawatan ke blok asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod yang terlibat dengan kebakaran berpunca dari bilik suis utama yang dijadikan stor tilam.

“Sikap sambil lewa Jabatan Air Tongod dengan memberi alasan kurang matang hingga menyebabkan lebih 10,000 penduduk terjejas di pekan Tongod dan Penangah amat dikesali.

“Saya dihujani panggilan telephon dan hantaran whatsapp daripada penduduk terlibat. Mungkin Jabatan Air Daerah tidak mengemukakan bajet kecemasan tahunan yang cukup kepada ibu pejabat,” katanya.

Menurut Masiung, kejadian kebakaran asrama lelaki di tingkat tiga SMK Tongod pada 17 Julai lalu turut menyukarkan operasi memadam api kerana penutupan operasi bekalan air.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu mahu semua ketua-ketua jabatan di daerah ini peka dengan tugas masing-masing.

“Janganlah sampai timbul masalah baharu nak bertindak sehingga menimbulkan perkara negatif kepada penduduk setempat, ” tambah beliau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top