Program Outreach UPPM eratkan hubungan pemimpin dan masyarakat

Dr-jeffrey-outreach.jpg

17 tangki biru diberikan kepada penduduk Kampung Bagian untuk penyimpanan air bersih sebagai persiapan menghadapi kemarau dan banjir.

Kongsi Bersama

TAMBUNAN: Program Outreach Pemimpin Bersama Rakyat bagi Mukim Monsorulung yang diadakan di Kampung Bagian, di sini, baru-baru ini adalah program kemasyarakatan anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) yang bertujuan membawa ketua-ketua jabatan berdialog dan mendengar permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di samping mengeratkan hubungan di antara masyarakat, para pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.

“Dengan adanya hubungan yang baik, kita boleh menyelesaikan masalah dengan lebih mudah kerana kita akan memahami masalah dan aspirasi rakyat. Mereka juga boleh memahami fungsi dan tanggungjawab setiap jabatan, ketua-ketua jabatan, pejabat daerah dan sebagainya,” kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan.

Beliau yang juga ADUN N.39 Tambunan berkata demikian dalam sidang media di Kampung Bagian pada hari program ‘outreach’ itu berlangsung.

Menurut beliau para pemimpin masyarakat dan jabatan-jabatan kerajaan adalah satu pasukan yang bertujuan membantu rakyat dan program ‘outreach’ seperti itu amat relevan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat dan pemimpin.

Kitingan turut mencadangkan supaya diwujudkan sistem rekod seperti buku merah untuk mencatat perkara yang perlu ditangani dan buku biru untuk perkara yang sudah diselesaikan.

“Sistem rekod ini perlu diwujudkan supaya tindakan diambil dan bukan hanya mendengar sahaja,” ujarnya.

Pada masa yang sama sebanyak 17 buah tangki biru turut diberikan kepada penduduk Kampung Bagian untuk penyimpanan air bersih sebagai persiapan menghadapi kemarau dan banjir kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada tadahan air semulajadi.

Pegawai Daerah Tambunan Sobitun Makajil ketika ditemui wartawan secara ringkas berkata antara yang menjadi perbincangan utama pada hari itu ialah kedudukan tanah Kampung Bagian dari sudut undang-undang tanah, kedudukan sebahagian perkampungan yang berada dalam kawasan tadahan air dan bekalan air bersih.

Turut hadir Jurutera Daerah, Jinus Tahir; Jabatan Tanah dan Ukur (PPHT), Godfrey Chong; Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Tambunan, OKK Philip Pilim Kitingan; Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Alex Kiob dan Pegawai Pertanian Tambunan, Azali Aling.

 

Sumber: FB Jeffrey G. Kitingan Page

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top