Lebih 1.2 Juta Penduduk Dewasa Di Sabah Terima Vaksin Dos Pertama

vaksin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lebih 1.2 juta atau 45.4 peratus penduduk dewasa di Sabah telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, seramai 599,823 orang atau 21.7 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin berkenaan.

“Jumlah pemberian vaksin melibatkan dos pertama dan kedua itu adalah yang direkodkan sehingga semalam.

“Pada hari ini, sebanyak 18,102 dos telah diberikan kepada penerima membabitkan dos pertama manakala sebanyak 27,423 dos lagi adalah melibatkan dos kedua yang diberikan kepada penerima vaksin,”katanya dalam kenyataan disini malam tadi.

Masidi berkata, sejak pelaksanaan PICK di Sabah sebanyak 1,886,405 dos vaksin telah diberikan kepada rakyat di negeri ini membabitkan dos pertama dan kedua.

Katanya, dari jumlah itu sebanyak 1,278,144 dos adalah dos pertama manakala selebihnya 608,261 dos melibatkan dos kedua.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini (semalam) adalah sebanyak 1,665 kes iaitu penurunan sebanyak 87 kes berbanding 1,752 kes yang dicatatkan semalam.

Katanya, tidak banyak perubahan dengan jumlah kes hari sebelumnya meskipun ada penurunan secara keseluruhan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top