Hajiji Kembali Bertugas, Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Polis Sabah

Hajiji-Polis.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mula bertugas pada Selasa selepas menjalani pembedahan batu karang baru-baru ini.

Beliau menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah baharu Datuk Jauteh Dikun di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, di sini.

Jauteh 57, dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah berkuat kuasa 2 Mei 2023 bagi menggantikan Datuk Idris Abdullah yang bersara pada 31 Mac lalu.

Dalam taklimatnya kepada Hajiji, Jauteh memaklumkan tentang program, rancangan, operasi dan isu yang dihadapi oleh pasukan polis di Sabah.

Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Jauteh dan Deputi Komisioner Shahurinain Jais sebagai Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, yakin mereka dan pasukan polis mampu memastikan tahap keselamatan Sabah kekal terpelihara dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Beliau memberi jaminan kepada Jauteh, kerajaan negeri akan membantu memudahkan pembinaan lebih banyak pondok polis dan juga operasi keselamatan di seluruh negeri.

Jauteh berterima kasih kepada Hajiji dan kerajaan negeri atas sokongan padu yang diberikan kepada pasukan polis selama ini.

Mengiringi Jauteh dalam kunjungan itu ialah Shahurinain, Ketua Cawangan Khas (KCK), SAC Datuk Mohd Salleh Yahya, Ketua Jabatan Pengurusan (KJP), SAC Nik Md Zain Nik Omar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ), SAC Azmi Abdul Rahim dan Ketua Jabatan Logistik, ACP Datin Laila Sagir.

Berita asal: Uusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top