Pembimbing rakan sebaya KV Keningau menang dana kempen kesihatan mental

unit-psikologi-kv-keningau.jpg

Pasukan pelajar pembimbing rakan sebaya dari Kolej Vokasional Keningau.

Kongsi Bersama

KENINGAU: Pasukan pelajar pembimbing rakan sebaya dari Kolej Vokasional Keningau telah dipilih sebagai penerima Amal Fund atas inisiatif pasukan itu melancarkan kempen kesedaran kesihatan mental yang dikenali sebagai “It’s Okay”, melalui beberapa aktiviti yang melibatkan orang awam dan sekolah.

Amal Fund adalah dana untuk projek komuniti dan merupakan tajaan seorang rakyat Malaysia yang kini bertugas di Amerika Syarikat.

Dana berjumlah RM500 itu bertujuan membolehkan pasukan tersebut memperkembangkan kempen mereka.

Pasukan yang ] dibawah unit psikologi dan kaunseling itu telah melaksanakan projek bekenaan sejak tahun lepas untuk membantu warga sekolah menangani risiko tekanan dan kecelaruan melampau sambil belajar mengendali emosi secara sihat.

Mereka bercadang untuk menyebarluas kempen ini dengan melibatkan warga awam pada tahun ini. Justeru itu, mereka telah menambah bengkel kesihatan mental sebagai salah satu aktiviti projek selain daripada terapi seni, kembara alam, tarian dan senaman.

Pasukan ini terdiri daripada 20 orang pelajar iaitu Nydia Natasha, Biby Sarrinna, Claijster Christian, Dexter Erwin, Gynello Alexi, Khairuddin Irfan, Necflonessa J. Samiun, Nurul Sarahissabellah, Batrisya Jeffley, Jumardi Jumin, Sandra Elysa, Lawarniah Vijayan, Alif Nazrul, Mohd Shahputra, Ad Azwanwell, Rosbianahlin Rosli, Nur fakhira Hafdin, Amman Hidayat dan Aiman Amirrul.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin Akup, menzahirkan rasa bangga dengan usaha dan pencapaian pasukan itu yang komited melaksanakan tugas mereka sebagai pembimbing rakan sebaya sehinggakan dipilih untuk menerima sumbangan dana.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top