80 Hadiri Kursus Anjuran Wanita PBS Kundasang

pbs-kundasang.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Seramai 80 orang yang terdiri daripada penduduk kampung telah menyertai kursus yang dianjurkan oleh Wanita PBS Kundasang, dengan kerjasama Jabatan Pertanian Ranau dan ahli jawatankuasa (AJK) PBS Bahagian Kundasang.

Kursus ini dipengerusikan oleh AJK Pergerakan Wanita PBS Kundasang, Waslinah Selusi dan diadakan di Dewan Perdana Sekolah Kebangsaan (SK) Malinsau, di sini, pada Sabtu.

Para peserta diberikan tunjuk ajar cara-cara menghasilkan makanan dengan menggunakan produk buah pisang Sabah oleh kakitangan Jabatan Pertanian yang diketuai oleh Penolong Pegawai Pertanian Ranau, Nur Hafizatun Ramlan.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam ketika merasmikan program (kursus) ini berkata, ia penting dan amat bermanfaat terutamanya kepada mereka yang berkecimpung dalam industri penyediaan makanan supaya mereka mendapat latihan dan tunjuk ajar.

“Program ini sebagai permulaan sahaja kepada mereka. Apabila produk (Pisang Sabah) yang dihasilkan dalam kuantiti yang banyak, pihak Kementerian (MID) mungkin boleh membantu mereka meningkatkan kualiti produk melalui penggunaan mesin yang baik dan membantu memasarkan produk mereka”, katanya.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian itu berkata, MID komited untuk memberikan sokongan kepada usahawan tempatan yang berminat mengusahakan pemprosesan makanan tempatan.

Mereka juga boleh menghantar serta memasarkan produk-produk di kedai-kedai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ada sekiranya layak, tambahnya.

Dr. Joachim berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) PBS Kundasang terutamanya Pergerakan Wanita PBS yang menganjurkan program ini serta Jabatan Pertanian Ranau. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top