Warga Asing Direman Tujuh Hari Disyaki Terlibat Kes Rogol

rogol.jpg

Polis berjaya menangkap suspek di kawasan perumahan pekerja di Ladang Tundong. - Foto PDRM

Kongsi Bersama

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dengan kes rogol, di Batu 35 Jalan Tawau-Semporna, di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku semasa mangsa berumur 29 tahun berjumpa dengan suspek berumur 30 tahun di luar rumahnya.

“Suspek kemudian bertindak mengugut mangsa menggunakan senjata tajam dan mengarahkan untuk mengikutnya ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang dalam ketakutan terpaksa mengikuti suspek ke lokasi kejadian, sebelum dirogol oleh lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurut Jasmin, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan mengarahkan sepasukan anggota daripada Balai Polis Sri Indah untuk menjalankan operasi mengesan suspek.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima, polis berjaya menangkap suspek di kawasan perumahan pekerja di Ladang Tundong, di sini.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 4 Januari tahun depan,” katanya. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top