Zuraida Letak Jawatan Menteri, Umum Keluar Bersatu Sertai PBM

zuraida.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ahli Parlimen Ampang itu turut mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Menurut Zuraida, beliau bagaimanapun, tetap menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Insya-Allah, saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“Saya juga akan berbincang mengenai peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosialnya.

Keputusan menyertai PBM, kata Zuraida, dibuat selepas beliau mengambil kira pertimbangan yang mendalam.

“Saya mempercayai dengan perjuangan parti ini dan amat tertarik dengan enam prinsip terasnya, iaitu keterlibatan pelbagai kaum; pemberdayaan wanita; pemerkasaan anak muda; pembangunan ekonomi; peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebah negara maju,” katanya.

PBM dilancarkan pada 21 Disember tahun lepas dan diketuai oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan parti itu kini mempunyai tiga Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top