Zuraida Lakukan Kunjungan Hormat Ke Atas KM Sabah

zuraida-CM.jpg
Kongsi Bersama

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah itu, di Sri Gaya.

Pada pertemuan ini, kedua-dua pihak membincangkan pelbagai perkara khususnya mengenai industri perusahaan perladangan serta komoditi Sabah.

Perbincangan ini menjurus kepada semua aspek terutamanya dalam usaha untuk membangunkan dan mengukuhkan lagi industri berkenaan.

Hajiji, dalam catatannya di Facebook rasmi beliau berharap agar lebih banyak langkah dan usaha yang boleh diambil bagi membantu pemain industri selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk memodenkan sektor pertanian di Sabah.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top