Zahid Sudah Maklumkan Pada Muhyiddin UMNO, PBRS Guna Lambang BN

zahid-2.jpg
Kongsi Bersama

TANJUNG MALIM: Presiden UMNO, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang calon Umno dan PBRS akan menggunakan lambang BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan.

Bagaimanapun menurutnya, setakat ini pihaknya tidak merasakan parti-parti yang lain akan berbuat demikian. Ini kerana Perikatan Nasional (PN) buat pertama kali akan cuba menggunakan lambang itu dalam PRN Sabah.

Ahmad Zahid Hamidi juga sekali lagi menegaskan sokongan BN ) kepada kerajaan PN hanya melibatkan sokongan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu.

Beliau berkata demikian susulan pengumuman MIC hari ini tidak menyertai PN, namun parti komponen BN itu akan terus menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada.

“Namun, parti di bawah BN, Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) tidak menyertai PN sebagai komponen perikatan itu.

“Ini bererti biarpun PN mungkin didaftarkan dan disahkan penubuhannya, MIC bukan lagi sebahagian Jawatankuasa Penaja Perikatan Nasional,” katanya ketika ditemui pemberita di bilik gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam.

Setiausaha Agung M Asojan Muniandy dilapor berkata, parti itu mulanya setuju menyertai pendaftaran PN dengan tanggapan Umno dan BN akan turut sama.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top