Zahid Nafi Letak Jawatan Dalam BN

surat-zahid-tular.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan ada mengeluarkan kenyataan mahu melepaskan jawatannya dan juga presiden Umno akibat kekalahan besar, pada pilihan raya umum (PRU15).

“Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan. Surat yang telah disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab.

“Mohon doakan yang terbaik untuk dalam keadaan sekarang ini,” katanya di Facebook.

Terdahulu, tular kenyataan di media sosial kononnya Zahid akan meletakkan jawatan kerana perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan besar BN, pada PRU15.

Dalam kenyataan itu turut menyatakan bahawa Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku kedua-dua jawatan tersebut sehingga pemilihan Umno yang akan diadakan pada Januari depan.

Terdahulu, beberapa pimpinan Umno dan BN, termasuk Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Raja, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad menggesa Zahid berundur.

Mereka berkata, Zahid perlu “berjiwa besar” seperti Datuk Seri Najib Razak yang berundur selepas kekalahan BN, pada PRU14. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top