Zahid Lepas, Bebas Pertuduhan Rasuah VLN

zahid-hamidi.jpg

Kredit foto: BERNAMA

Kongsi Bersama

SHAH ALAM: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Yazid Mustafa, berkata pihak pendakwaan gagal mewujudkan prima facie ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), selain tujuh lagi mendapatkan SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top