Zahid Diperintah Bela Diri Atas Semua 47 Pertuduhan

zahid.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi atas semua 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram.

Hakim Collin Datuk Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Zahid.

Zahid dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan CBT membabitkan wang bernilai jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi, menerima rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi Menteri Dalam Negeri.

Sebanyak 12 dakwaan membabitkan CBT, lapan rasuah dan selebihnya adalah pengubahan wang haram.

Pendengaran bagi peringkat pembelaan dijadualkan bersambung pada 28 Mac.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top