Yusof Tidak Akan Letak Jawatan Sebagai ADUN

Dr-yusof-yacob.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob tidak akan meletak jawatan sebagai ADUN walaupun sebelum ini sudah menandatangani surat perjanjian untuk mengosongkan Kerusi berkenaan sekiranya beliau ‘melompat’.

Surat berkenaan telah dihantar ke Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Jumaat lalu oleh peguam Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Bagaimanapun, difahamkan Yusof juga telah menghantar Akuan Bersumpah (SD) untuk menarik balik tanda tangan beliau dalam surat perjanjian berkenaan.

Surat berkenaan adalah satu syarat keperluan kepada semua calon WARISAN untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri pada tahun lepas.

Sebelum ini, Yusof dalam satu rakaman video telah mengangkat sumpah untuk taat setia kepada parti dan berjanji akan mengosongkan Kerusi sekiranya beliau ‘lompat’.

Video berkenaan telah tular dalam media sosial selepas beliau keluar dari WARISAN untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan negeri.

Speaker DUN Sabah dijangka akan mengadakan sidang media mengenai perkara ini. – Utusan Borneo

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top