Yusof puji usaha penganjur adakan Sambutan Kebangsaan

Dr-yusof.jpg

Dr Yusof menyampaikan sumbangan penghargaan kepada salah seorang daripada dua pelajar penduduk Kg Ulu Sipitang yang mewakili Sabah dalam Kejohanan Sepak takraw MSSM bawah 15 tahun.

Kongsi Bersama

SIPITANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob memuji usaha pemimpin masyarakat kerana telah menganjurkan program Sambutan Kebangsaan peringkat zon Ulu Sipitang.

Katanya usaha itu secara tidak langsung dapat memupuk semangat cinta terhadap negara terutama sekali dalam kalangan generasi muda termasuk masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang serta kaum dan agama.

Jelas beliau, penganjuran skala kecil terutama di peringkat akar umbi juga diyakini mampu memberi impak yang signifikan lebih-lebih lagi dalam meraikan sambutan yang cukup bermakna.

Justeru beliau berharap, aktiviti-aktiviti yang diadakan sempena Sambutan Kebangsaan peringkat zon Ulu Sipitang mencapai objektif serta matlamat bagi melahirkan generasi yang berupaya mempertahankan negara dari pelbagai aspek terutama pengaruh luar.

“Tahniah diucapkan kepada Pengerusi pelakasana Bizam Hamzah dan seluruh jawatankuasa pelaksana program Sambutan Kebangsaan peringkat zon Ulu Sipitang atas kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan program yang diadakan ini, ” katanya.

Yusof yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin turut menghargai komitmen yang ditunjukkan pemimpin pelapis termasuk Ketua-Ketua Cawangan dan ahli-ahli Gagasan Rakyat Sindumin serta masyarakat setempat di zon Ulu Sipitang sepanjang sambutan itu.

“Saya berharap pelaksanaan Sambutan Kebangsaan dan program-program kemasyarakatan lain yang telah dan akan dilaksanakan akan memberi manfaat kepada penduduk dan anak watan sekaligus mensyukuri nikmat yang dinikmati hari ini, ” katanya.

Hadir sama Naib Ketua Bahagian, Mohd Kassim Ali Yusof; Ketua Pergerakan Beliawanis Nurfasiha Masri; Setiausaha Bahagian Alfred Daniel; Ketua Penerangan Bahagian Helmy Saidin; Ketua Anak Negeri Suhaili Matusin; AJK Bahagian dan AJK Sayap-Sayap Bahagian; Ketua-Ketua Cawangan dan AJK Cawangan serta Ketua Kampung Ulu Sipitang dan Pengerusi JPKK Kg Ulu Sipitang. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top