Yong Disaran Bubar Parti, Jadi Cybertrooper PN

yong-1.jpg

DSP Yong Teck Lee (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee disaran supaya membubar partinya dan menjadi cybertrooper Perikatan Nasional.

Saranan sinis itu dibuat oleh Jeremiah Mayo Gitom, ketua penerangan Warisan bahagian Penampang.

Menurutnya, Yong sekarang ini terus menerus membuat kenyataan-kenyataan yang keterlaluan sehingga peranannya dalam politik Sabah hanya memfitnah pemimpin-pemimpin tertinggi Warisan.

Katanya lagi, Yong, yang merupakan presiden SAPP, sekarang hidup dalam bayangan masa silamnya.

Gitom berkata demikan sebagai reaksi balas terdapat tindakan Yong mencabar timbalan presiden Warisan, Datuk Darell Leiking, yang juga anggota parlimen Penampang, untuk bertanding sebagai calon bebas di Moyog.

“Beberapa tahun yang lalu sehingga menjelang PRU13, SAPP adalah parti yang kekuatannya tidak boleh dipandang remeh, rakyat Sabah berharap parti itu akan mengadakan persefahaman dengan Pakatan Harapan.”

Ini, katanya, kerana pada masa itu terdapat banyak bekas pemimpin dan intelektual berada bersama SAPP yang lantang mencabar kerajaan persekutuan dalam isu-isu yang berkaitan dengan hak-hak Sabah.

“Mereka itulah yang membantu meningkatkan imej Yong dan SAPP sehinggalah mereka meninggalkan Yong dan memutuskan untuk menyokong Datuk Seri Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah pada tahun 2017,” katanya.

SAPP mengalami musibah pada PRU14 di mana hampir semua calonnya kehilangan deposit pilihan raya, katanya lagi.

Gitom mengatakan bahawa Yong kini ditinggalkan bersama kumpulan orang-orang lama partinya yang tidak lagi mempunyai semangat atau tenaga untuk mengatur dialog atau perbincangan mengenai isu-isu berbangkit, sehingga menjadikan SAPP seolah-olah telah tidak wujud.

Katanya, Yong hanya boleh disalahkan kerana semua kenyataannya tidak lagi mempunyai nilai kebijaksanaan seperti sebelumnya.

“Semua tuduhan dan pertanyaannya sekarang penuh dengan fakta putar belit dan khayalan,” katanya, sambil menambah carian Google akan menunjukkan kepada Yong bahawa masalah yang dibangkitkan olehnya sebenarnya sudah dijawab.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top