YBR salur bantuan banjir 250 keluarga, 5 sekolah di Penampang

YBR-Penampang.jpg

PENAMPANG: Kira-kira 250 keluarga yang terkesan akibat banjir di sekitar Penampang dan 5 buah sekolah menerima bantuan tunai sebanyak RM50,000 Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Setiap keluarga mangsa banjir akan menerima RM200 manakala bantuan RM50,000 kepada sekolah yang terkesan akan menerima RM10,000.00.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, usaha murni ini diharapkan dapat memberi kelegaan buat mereka yang terkesan dalam meringankan urusan kewangan keluarga serta pihak sekolah dalam meneruskan sesi persekolahan yang bakal memasuki penggal kedua.

“Bantuan khas ini diberikan melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.174 Penampang bagi memudahkan proses pengagihan bantuan.

“Terima kasih kepada pihak YBR kerana menyantuni mereka yang terkesan dan diharapkan peruntukan yang disalurkan dapat digunakan sebagai bantuan pasca banjir bagi meneruskan kehidupan harian seperti biasa,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Majlis penyerahan bantuan RM100,000 kepada mangsa banjir dan sekolah yang terjejas telah disempurnakan oleh Datuk Ewon Benedick di Dewan Huguan Siou Tuavon Penampang.

Turut hadir dalam majlis penyerahan bantuan ini ialah Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Presiden Majlis Perbandaran Penampang, Francis Chong, Pegawai Pendidikan Daerah Penampang, Ag Mohd Kadir Ag Kanak; Supardi Jumat dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Di dalam majlis yang sama Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, pihaknya amat prihatin serta cakna dengan bebanan kewangan yang dialami terutamanya mereka dikalangan B40 disebabkan oleh bencana ini.

“Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka dalam menyediakan keperluan asas seharian serta pihak sekolah dapat membaiki peralatan sekolah yang rosak akibat banjir,” katanya.

Antara agensi lain yang turut sama hadir bagi memberikan bantuan adalah Bank Rakyat, SME Bank, CO-OP Bank Pertama, TEKUN Nasional, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), ANGKASA) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Untuk rekod, bagi tahun 2024, Yayasan Bank Rakyat telah memperuntukkan sebanyak RM600,000.00 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top