Yayasan Qhazanah Sabah ceriakan pesakit Hospital Sipitang menerusi sumbangan krismas

Yayasan-Khazanah.jpg
Kongsi Bersama

SIPITANG: Menjelang sambutan Hari Krismas, Qhazanah Sabah Berhad (QSB) menerusi Yayasan Qhazanah Sabah meraikan pesakit-pesakit Hospital Sipitang.

Pengerusi QSB yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob menyampaikan sumbangan 60 hamper kepada pesakit-pesakit di hospital tersebut.

Hospital Sipitang menjadi lokasi kedua untuk program ini dengan lokasi pertama di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah pada Rabu lepas.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif QSB Rudy Jaglul, Pengurus Yayasan Qhazanah Sabah Majorie Noivont, Pegawai Perubatan Hospital Sipitang Dr Norazwa Syazwani Awang Besar dan Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sipitang Raymond Isyak Utah.

Bercakap kepada media selepas majlis itu, Dr Yusof berkata, program ini dilaksanakan menjelang musim perayaan Krismas bagi menceriakan pesakit-pesakit yang menerima rawatan di wad.

Katanya, ia dilaksanakan menerusi Yayasan Qhazanah Sabah dibawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) program kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, satu lagi program adalah pendidilwn dan menerusi kesejahteraan rakyat, bantuan diberikan untuk rawatan dan perubatan.

Beliau berkata, sebelum in, Yayasan Qhazanah Sabah telah menaja rawatan dua pesakit di Pusat Hemodialisis Universiti Malaysia Sabah.

Dr Yusof berkata, sumbangan lain yang telah dilaksana termasuklah membabitkan kebakaran, bencana alam antaranya banjir dan gempa bumi. – SNT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top