Yayasan PETRONAS agih pakaian seragam, peralatan sekolah kepada 3,570 pelajar

yayasan-petronas.jpg
Kongsi Bersama

SIPITANG: Seramai 3,570 pelajar seluruh Sabah menerima sumbangan pakaian seragam dan peralatan sekolah bagi program Memperkasakan Ilmu daripada Yayasan PETRONAS.

Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab berkata penerima terdiri daripada 2,140 pelajar Tahun Satu hingga Tiga daripada 65 sekolah rendah dan 1,430 pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga daripada 26 sekolah menengah.

“Kita berharap sumbangan ini dapat membantu pelajar melakar kejayaan dan melengkapkan mereka dengan keperluan persekolahan agar terus berkembang maju dalam pembelajaran,” katanya.

Penyerahan sumbangan diadakan sempena Program STEM Fiesta Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang 2023 yang turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Zainuddin Aman.

Menurutnya melalui program ini, pelajar terpilih akan menerima baucar untuk satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut hitam, beg sekolah, dan pakaian sukan.

“Penerima daripada kalangan pelajar sekolah rendah juga mendapat beg sekolah, pensel warna, dan set alat tulis manakala pelajar menengah pula mendapat kalkulator saintifik.

“Program ini bermula lebih 10 tahun lalu sebagai sebahagian daripada usaha PETRONAS untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk kekal mengambil bahagian dalam proses pendidikan sehingga tamat persekolahan, selain membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa.

“Untuk tahun ini, seramai 21,000 pelajar seluruh negara mendapat manfaat daripada program ini,” katanya.- Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top