Yayasan Pendidikan Tongod bakal bantu lahirkan modal insan berpendidikan tinggi

IMG-20240107-WA0003.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Yussof J. Imbang

TONGOD: Yayasan Pendidikan Tongod akan ditubuhkan bagi membantu golongan pelajar daerah ini yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, langkah penubuhan yayasan berkenaan merupakan solusi baharu bagi menambah bilangan anak muda yang berpendidikan tinggi.

“Kita yakin akan lebih ramai modal insan yang berjaya dapat dilahirkan menerusi bantuan yayasan itu nanti,” kata beliau di majlis kesyukuran Keluarga Milian di Kampung Alitang dan Seriwati yang dihadiri lebih 300 orang anggota keluarga berkenaan, semalam.

Menurutnya, kewujudan dua kilang terbesar yang akan beroperasi di Tongod tidak lama lagi akan membantu dari segi dana yayasan pendidikan itu.

Kilang tersebuat ialah Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd dibangunkan dekat Kampung Inarad dan kilang ternakan khinzir di Kampung Entilibon.

Masiung berkata, dengan tertubuhnya yayasan pendidikan itu kelak, ia boleh mengubah nasib golongan miskin dengan memberikan akses pendidikan tertinggi kepada anak mereka menerusi yayasan berkenaan.

Pemegang amanah bagi yayasan itu nanti katanya, akan diuruskan oleh anak tempatan Tongod sendiri yang berkelayakan.

Beliau yang juga Pengerusi Borneo Cement Sabah Sdn Bhd memberi jaminan peluang mengisi 1,000 kekosongan jawatan yang bakal diwujudkan di syarikat berkenaan akan diberi kepada warga Tongod mengikut kelayakan akademik.

Turut hadir memeriahkan majlis kesyukuran itu ialah Paderi All Saint Kota Kinabalu, Dean Musa Ambai; Penolong Pegawai Daerah Tongod, Ronley Saringan dan Pegawai Unit Pembangunan Masyarakat, Tokyo Hashim Omar.

 

 

Ì

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top