Yayasan Bank Rakyat sumbang bantuan pengajian kepada 174 pelajar Pitas

YBR-pitas.png

PITAS: Seramai 174 pelajar di kawasan Pitas yang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 dan Matrikulasi menerima bantuan pengajian daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Bantuan pengajian berjumlah RM18,400 itu diserahkan oleh Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Philip Lasimbang.

Beliau berkata, bantuan pengajian itu adalah sebagai tanda prihatin dan sokongan YBR terhadap pendidikan negara, yang merupakan salah satu daripada nilai teras Malaysia Madani.

“Bantuan tunai yang diberikan secara “one-off” ini bagi mereka menyediakan kelengkapan atau keperluan pembelajaran mengikut kehendak mereka.

“Diharapkan inisiatif Yayasan Bank Rakyat ini dapat membantu para pelajar meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya menjadi insan harapan keluarga dan negara,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan tersebut di SMK Pitas 2, pada Rabu.

Dalam pada itu, Philip berkata Yayasan Bank Rakyat telah dinobatkan sebagai Yayasan Terbaik 2023 bagi kategori Perbankan oleh CSR Award Malaysia.

“Pencapaian yang dicapai ini sekali gus membuktikan komitmen dan semangat tinggi setiap warga Yayasan Bank Rakyat memperjuangkan taraf peningkatan pendidikan negara” katanya.

Beliau urut menasihati para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh dan mengambil peluang yang diberikan untuk mendalami ilmu dan meningkatkan kemahiran.

“Nasihat saya kepada semua, pendidikan memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang tinggi, anda perlu sentiasa bersedia dengan ilmu dan pengetahuan supaya dapat memberi khidmat semula bukan sahaja kepada masyarakat bahkan kepada negara,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Belia Kanibongan, Pitas, Mapaham Ruminzing, yang telah bekerjasama dengan Yayasan Bank Rakyat untuk melaksanakan program itu. – NABALU NEWS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top