Yang Tak Terpilih Jangan Risau, PRU 15 Masih Ada – Ahmad Zahid

Ahmad-Zahid-Hamidi-FMT.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta mereka yang tidak terpilih bertanding dalam PRN supaya tidak gusar kerana peluang untuk menjadi calon masih ada pada PRU 15 nanti.

“Jangan risau kalau tidak dapat jadi Adun, insya Allah kita akan usahakan untuk mereka ahli Parlimen nanti,” katanya ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya BN Sabah hari ini.

Menurut beliau, pengagihan kerusi antara BN dan parti dalam Perikatan Nasional (PN) untuk PRN Sabah kini 95% selesai.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu mendahului Bung (Moktar Radin) kerana dia mempunyai kuasa penuh untuk mengumumkan jumlah kerusi dan nama calon yang akan bertanding,” katanya merujuk kepada Ketua Umno Sabah.

Beliau berkata, calon berkelayakan yang tidak terpilih untuk bertanding pada PRN Sabah masih berpeluang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

“Memang kita ada banyak calon berkelayakan, tapi jumlah kerusi tidak banyak kerana kita juga perlu mengagihkannya dengan rakan (parti) kita yang lain.

Sebanyak 73 kerusi dipertandingkan pada PRN Sabah yang dijadualkan pada 26 Sept ini dengan hari penamaan calon pada 12 Sept dan pengundian awal pada 22 Sept.

Zahid berkata, PRN kali ini ialah peluang BN menebus maruahnya ekoran kekalahan pada PRU14 lalu. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top