Yang Paling Tua di Bugaya, Yang Paling Muda di Tandek

calon-muda.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Calon paling tua dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah ialah Taraji Jamdi dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah.

Beliau yang berusia 75 tahun menghadapi pertandingan tujuh penjuru di DUN Bugaya, termasuk dengan penyandangnya Datuk Manis Muka Mohd Darah dari parti Warisan.

Calon-calon lain yang bertanding di kerusi itu ialah Ahmad Kenajaan dari USNO, Mohd Daud Tampokong dari Perikatan Nasional, Jihek Basanu dari PCS, dan dua calon bebas – Rasidan Abd Latiff dan Abdul Jan Muammil @Abdul Jim.

Sementara itu, calon termuda, illson Yanggun,22, (gambar) yang baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula bertanding atas tiket PBRS mewakili Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Tandek.

Beliau akan berdepan dengan lima calon lain, termasuk melibatkan penyandangnya Anita Baranting yang memenangi kerusi itu atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ) tetapi kali ini bertanding sebagai calon bebas.

Turut bertanding di kerusi tersebut ialah Andy Villson dari Parti Cinta Sabah (PCS), Liensin @ Danny Leinsin dari Parti Demokratik Liberal (LDP), Hendrus Anding dari Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Padis Majingkin dari United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) .

Pada PRU14 pada 2018, Anita memenangi kerusi itu dengan memperoleh 8,877 undi dengan mengalahkan tiga calon lain.

Foto: Harian Metro


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top