Yang Ada Cuma 73, Yang Nak 120…

annuar-1.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Mengakui demokrasi proses yang bising, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berjanji untuk berunding secara hikmah berhubung pembahagian kerusi bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau meminta parti-parti politik yang ingin merebut kerusi di Sabah agar tidak bising, sebaliknya berbincang dengan tenang.

“Saya cuba menghitung, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) nak 18 kerusi, BERSATU nak 45,Parti Bersatu Sabah (PBS) nak 30, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) nak 11, MCA nak 11. Semua ini dah 120, sedangkan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) cuma ada 73 kerusi.

“UMNO nak berapa kalau parti yang menang satu, dua kerusi pun nak berbelas-belas kerusi?

“Maka kita berunding setakat yang boleh, tenang-tenang jangan bising,” ciap Menteri Wilayah Persekutuan itu di Twitternya, semalam.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top